Powered by Blogger.
Blog dalam proses kemaskini. Senarai bloglist akan dimasukkan secara berperingkat. Terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang telah link blog Pemantau di blog kalian.

Monday, November 15, 2010

Kerajaan Pakatan Rakyat nak menipu RAKYAT...!!!

Hassan Ali + Ronnie
Dua-dua YB tidak boleh dipercayai.
SHAH ALAM, 15 Nov – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan berkerjasama dengan Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Selangor (Syabas) bagi tindakan pemotongan bekalan air dan elektrik kepada mana-mana premis pusat hiburan yang ingkar.

Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu memberitahu tindakan ini adalah satu usaha kerajaan negeri membanteras kegiatan- kegiatan maksiat.

“Namun kuasa penuh pemotongan elektrik hanya akan di berikan kepada Ketua Polis Daerah selaras dengan Akta Rumah Judi Terbuka 1953″

Tambahnya lagi, PBT hanya mampu membuat pemohonan pemotongan bekalan elektrik kepada Ketua Polis Daerah dan tindakan pemotongan akan dilaksanakan oleh TNB. - selangorkini

~ Ini apa punya bahalol!!! .. kata nak banteras maksiat... nak potong bekalan api tempat maksiat kena minta izin polis.... hello... kalau minta izin polis... baik tak payah...!! Ini semua cerita kerajaan Pakatan Rakyat nak menipu rakyat!! ... nak lepas tangan. tak kan tak tau antara agensi kerajaan yang paling kuat rasuah adalah POLIS..!!

~ Kalau Polis/PBT tak rasuah, tidak mungkin pusat maksiat di Selangor ni tumbuh macam cendawan.

Sementara itu,Ronnie yang juga Adun Pandamaran menjelaskan PBT juga berperanan mengambil tindakan kepada pusat hiburan yang tidak berlesen.

“PBT juga akan mengambil tindakan sitaan dan kompaun maksium sebanyak RM50 ribu selaras dengan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1995 (Pindaan) 1998 terhadap mana-mana pusat hiburan tidak berlesen.”

~ Kapla hotak kau lah Ronnie!! Cuba pergi tengok di Puchong, terutama Puchong Jaya, Bandar Puteri, Puchong Indah, Putra Perdana.. beratus pusat maksiat yang tidak berlesen bebas berurus niaga baik siang maupun malam. Ada wakil rakyat Pakatan Rakyat ambil tau? Ada kerajaan negeri Pakatan Rakyat kisahkan? Azmin, Ronnie, Gobin anak Karpal, Anwar ada kisahkan pusat-pusat maksiat ini?

~ Tak cukup di Puchong, pergi tengok di Cheras dan Kajang. Di balakong, Cheras jaya, Cheras Perdana dan kawasan antara Batu 9 sehingga Kajang, tidak kurang daripada 300 pusat maksiat..!! ... tak percaya... anda luangkan masa dan tinjau sendiri... sebaiknya bawa sekali YB-YB Pakatan Rakyat... tunjuk mereka... dah cukup jumpa 300 pusat maksiat ... hempok kepala wakil rakyat kawasan tu sebab mereka membiarkan pusat maksiat berleluasa.

~ Nak lagi? .. pergi Sepang... tak perlu sampai ke pekan Sepang... sampai Bdr Baru Salak dan Dengkil pun dah ok... Wakil rakyat sini dari Umno... di Pekan Dengkil yang koro tu pun ada pusat maksiat.!!

 “Mesyuarat Pelesenan akan mempertimbangkan terlebih dahulu sebelum sesuatu pemohonan akan diluluskan”jelasnya pada Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor disini hari ini

Garis Panduan Pemberian Lesen dan Tempat-tempat Hiburan di Selangor
Lokasi Pusat Hiburan – tidak kurang 300 meter dari Rumah Ibadat
Lokasi Pusat Hiburan – tidak kurang 100 meter dari Pejabat Kerajaan dan Rumah Kediaman
Permohonan – Kemukakan cadangan konsep dan aktiviti hiburan beserta cadangan lokasi,masa hiburan,butiran syarikat.

~ Hello.. baca betul-betul ... "Lokasi Pusat Hiburan – tidak kurang 100 meter dari Pejabat Kerajaan dan Rumah Kediaman" ... hello hello hello ... semua Wakil Rakyat dengar sini ... di Puchong, Kajang, Cheras, Banting, Sepang ... pusat hiburan dan maksiat bersepah di kawasan perumahan... apa tindakan yang diambil? ... hampas... 

Tak kan tak tau banyak tempat maksiat jadi 'Bank Simpanan Khas' polis dan pegawai penguatkuasa PBT .... bila-bila sesak ... nak beli rokok.. bini nak beranak... nak balek kampong.. di Bank inilah mereka berkejar... bukan untuk menjalan penguatkuasa undang-undang tetapi untuk melepaskan sesak sendiri.

sumber: Kerajaan Rakyat.

1 comments:

ISA November 15, 2010 at 10:12 AM  

Salam bro,

Ini sudah betul2 bancuh baik punyeaarrr....

Siapa di sebalik kelulusan pusat hiburan dan rumah urut di Selangor ni bro...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP