Powered by Blogger.
Blog dalam proses kemaskini. Senarai bloglist akan dimasukkan secara berperingkat. Terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang telah link blog Pemantau di blog kalian.

Friday, February 25, 2011

Dilema seorang OKU

 
Tiada siapa yang meminta dilahirkan cacat pendengaran, penglihatan, keupayaan bergerak dan banyak lagi. Jika diberi pilihan, sudah pasti mereka yang bergelar Orang Kurang Upaya ini akan memilih kehidupan seperti orang kebanyakkan. Namun, hidup sebagai seorang OKU bukanlah suatu pilihan, kerana ia adalah realiti yang terpaksa ditempuh sebagai ujian kepada mereka dan kita yang cukup lengkap.

Nahkoda Zaman menyingkap diari kehidupan seorang pemgemis yang berniaga di sebuah stesen Putra Aliran Kelana Jaya. Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa dikatakan pengemis yang berniaga. Jujurnya, saya juga keliru dengan istilah mana yang hendak digunakan dalam artikel ini. Ironinya, ia hampir sama.

En. Abu (bukan nama sebenar) merupakan seorang OKU yang lumpuh, tidak dapat bergerak tanpa menggunakan kerusi roda. Tangannya sedikit kecil atau lebih tepat kurang sifat. Beliau tinggal di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Ibu dan ayahnya telah meninggal dunia, manakala abangnya telah berkahwin. Tidak banyak dibantu abangnya. Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan, En. Abu memegang kata-kata akhir ibunya, jangan meminta sedekah.

Sekali pandang kelihatan seperti seorang pengemis. Siapa sangka manusia yang kita anggap sebagai seorang pengemis ini sebenarnya seorang yang berjiwa besar, tidak mahu dipandang rendah oleh masyarakat. Untuk mencari rezeki, beliau berusaha mendapatkan rezeki yang halal dengan menjual kerepek yang harganya RM 1.00 sebungkus. Dengan jiwa kental, beliau tidak jemu dan jenuh mempromosi kerepeknya. Tidak mahu ehsan duit belas kasihan.

Jiwa kental ini membuatkan Nahkoda Zaman mempunyai perasaan bercampur-campur. Terharu, bangga, malu, dan sebagainya. Siapakah kita hendak dibandingkan dengan peniaga kurang upaya yang kita anggap pengemis ini?

Lokasi: Stesen LRT Masjid Jamek
Masa: 5.00 petang

0 comments:

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP