Powered by Blogger.
Blog dalam proses kemaskini. Senarai bloglist akan dimasukkan secara berperingkat. Terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang telah link blog Pemantau di blog kalian.

Thursday, November 4, 2010

YB Jangan Sekadar Bercakap.


KUALA LUMPUR, 2 Nov: "Sory YB! Kita beri kepada Ketua Bahagian Umno. Ini arahan yang kita terima." Ini adalah jawapan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Wilayah Persekutuan kepada anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Jawapan ini diberikan beliau ketika Dr Lo' Lo' (gambar) bersemuka dengannya dan bertanya, "Siapa yang menghabiskan peruntukan untuk saya selaku anggota Parlimen Titiwangsa?"

Kedua-duanya bertemu dalam majlis taklimat  tentang program e-Kasih di bangunan Parlimen tidak lama dahulu.

Perkara ini diceritakan oleh Dr Lo' Lo' dalam satu kenyataan yang dibuat kepada Harakahdaily baru-baru ini.

___________________________________________________

Kenyataan Dr. Lo'Lo di atas menimbulkan keraguan kapadaku, jika hendak berpolitik biarlah berpolitik secara adil dan bersih. Setiap kali ada isu sudah pastilah pihak umno dan barisan nasional yang akan dipersalahkan. Tidak salah untuk menyalahkan mereka, tetapi biarlah dengan telus. Jadi buktikanlah siapakah SDO tersebut.

Aku ingin nak bertanya kepada Dr Lo'Lo'. Kenapa tidak beritahu saja nama SDO yang cakap duit peruntukan Parlimen tu dibahagikan kepada Ketua Bahagian Umno?

Bukankah peruntukan tersebut adalah duit rakyat. Kalau benar, berterus teranglah agar tindakan dapat diambil. Kalau benar SDO itu bersalah, barulah boleh untuk kita menghentam.

Bercerita tentang dilema isu Chow Kit, seperti dakwaan Dr. Lo'Lo;
"Belum lagi cerita Chow Kit yang telah dijajah oleh PATI. Bagaimana gerai-gerai PATI boleh dibina atas kaki lima? Bila minta DBKL bertindak, jawapannya gerai-gerai itu kepunyaan orang tempatan yang merupakan ahli/ajk beberapa persatuan peniaga.

Aku sudah 50 tahun bermastautin dan sebagai pengundi berdaftar di Parlimen Titiwangsa, rasanya isu Pasar Chow Kit orang-orang Indonesia yang banyak berniaga, bukan pasal Umno yang jual tapi kisahnya orang Melayu juga. TAK ADA KENA MENGENA dengan Lim Kit Siang & anak dia pun. Rasanya kalau PKR yang memerintah, isu ini masih tak akan selesai, kerana ini masalah individu.
 
Tak perlu jauh sangatlah Dr Lo'Lo', pergi saja ke Pasar Keramat. Bukankah Pasar Keramat itu kubu kuat PKR khususya Pas. Mungkin YB dah lama tak pergi melawat pasar tu agaknya, cuba tengok sendiri berapa ramai INDON yang berniaga. Sama juga ceritanya, orang yang pangkah Pas dan penyokong PKR pun jual tempat berniaga pada Indon. Semuanya nak ambil untung atas angin dengan sikap PEMALAS.
 
Aku akui umno dan barisan nasional itu jahat dan jijik, tetapi sebelum menuding jari kepada mereka sepenuhnya, lihat-lihat jugalah jari yang menuding kepada kita pula.
Jika benar mengapa Dr. Lo'Lo tidak membuat laporan polis dan failkan saman atau dakwaan terhadap Kerajaan Barisan Nasional seperti yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Sungai Siput.

0 comments:

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP