Sunday, November 21, 2010
Monday, November 15, 2010
Kerajaan Pakatan Rakyat nak menipu RAKYAT...!!!
Hassan Ali + Ronnie Dua-dua YB tidak boleh dipercayai. |
Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu memberitahu tindakan ini adalah satu usaha kerajaan negeri membanteras kegiatan- kegiatan maksiat.
“Namun kuasa penuh pemotongan elektrik hanya akan di berikan kepada Ketua Polis Daerah selaras dengan Akta Rumah Judi Terbuka 1953″
Tambahnya lagi, PBT hanya mampu membuat pemohonan pemotongan bekalan elektrik kepada Ketua Polis Daerah dan tindakan pemotongan akan dilaksanakan oleh TNB. - selangorkini
~ Ini apa punya bahalol!!! .. kata nak banteras maksiat... nak potong bekalan api tempat maksiat kena minta izin polis.... hello... kalau minta izin polis... baik tak payah...!! Ini semua cerita kerajaan Pakatan Rakyat nak menipu rakyat!! ... nak lepas tangan. tak kan tak tau antara agensi kerajaan yang paling kuat rasuah adalah POLIS..!!
~ Kalau Polis/PBT tak rasuah, tidak mungkin pusat maksiat di Selangor ni tumbuh macam cendawan.
Sementara itu,Ronnie yang juga Adun Pandamaran menjelaskan PBT juga berperanan mengambil tindakan kepada pusat hiburan yang tidak berlesen.
“PBT juga akan mengambil tindakan sitaan dan kompaun maksium sebanyak RM50 ribu selaras dengan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1995 (Pindaan) 1998 terhadap mana-mana pusat hiburan tidak berlesen.”
~ Kapla hotak kau lah Ronnie!! Cuba pergi tengok di Puchong, terutama Puchong Jaya, Bandar Puteri, Puchong Indah, Putra Perdana.. beratus pusat maksiat yang tidak berlesen bebas berurus niaga baik siang maupun malam. Ada wakil rakyat Pakatan Rakyat ambil tau? Ada kerajaan negeri Pakatan Rakyat kisahkan? Azmin, Ronnie, Gobin anak Karpal, Anwar ada kisahkan pusat-pusat maksiat ini?
~ Tak cukup di Puchong, pergi tengok di Cheras dan Kajang. Di balakong, Cheras jaya, Cheras Perdana dan kawasan antara Batu 9 sehingga Kajang, tidak kurang daripada 300 pusat maksiat..!! ... tak percaya... anda luangkan masa dan tinjau sendiri... sebaiknya bawa sekali YB-YB Pakatan Rakyat... tunjuk mereka... dah cukup jumpa 300 pusat maksiat ... hempok kepala wakil rakyat kawasan tu sebab mereka membiarkan pusat maksiat berleluasa.
~ Nak lagi? .. pergi Sepang... tak perlu sampai ke pekan Sepang... sampai Bdr Baru Salak dan Dengkil pun dah ok... Wakil rakyat sini dari Umno... di Pekan Dengkil yang koro tu pun ada pusat maksiat.!!
“Mesyuarat Pelesenan akan mempertimbangkan terlebih dahulu sebelum sesuatu pemohonan akan diluluskan”jelasnya pada Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor disini hari ini
Garis Panduan Pemberian Lesen dan Tempat-tempat Hiburan di Selangor
Lokasi Pusat Hiburan – tidak kurang 300 meter dari Rumah Ibadat
Lokasi Pusat Hiburan – tidak kurang 100 meter dari Pejabat Kerajaan dan Rumah Kediaman
Permohonan – Kemukakan cadangan konsep dan aktiviti hiburan beserta cadangan lokasi,masa hiburan,butiran syarikat.
~ Hello.. baca betul-betul ... "Lokasi Pusat Hiburan – tidak kurang 100 meter dari Pejabat Kerajaan dan Rumah Kediaman" ... hello hello hello ... semua Wakil Rakyat dengar sini ... di Puchong, Kajang, Cheras, Banting, Sepang ... pusat hiburan dan maksiat bersepah di kawasan perumahan... apa tindakan yang diambil? ... hampas...
Tak kan tak tau banyak tempat maksiat jadi 'Bank Simpanan Khas' polis dan pegawai penguatkuasa PBT .... bila-bila sesak ... nak beli rokok.. bini nak beranak... nak balek kampong.. di Bank inilah mereka berkejar... bukan untuk menjalan penguatkuasa undang-undang tetapi untuk melepaskan sesak sendiri.
sumber: Kerajaan Rakyat. Read more...
Wednesday, November 10, 2010
PKR dikepalai "Khir Toyo"? Na'uzubiLlah!
Orang tanya saya, bagaimana sikap saya terhadap pemilihan Timbalan Presiden PKR? Saya jawab, sama macam pilihan raya la. "Lagu mana tu?"
Saya jawab, dalam pilihan raya, keinginan utama saya ialah melihat Umno Barisan Nasional (BN) kalah. Takat tu saja. Kalau saya undi calon parti lain pun, ia tidak bemakna saya ada "rasa positif yang tak ketahuan" terhadap parti yang saya undi calonnya itu. Saya guna perkataan "rasa positif yang tak ketahuan". Memang. Langsung tidak ada perasaan itu. Tidak ada sama sekali.
Tetapi saya taklah berbohong kepada Mamat itu dan saya beritahu jugak kat dia bahawa ketika saya dan isteri saya mengundi Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai dalam pilihan raya 2008 lalu, kami memang mempunyai perasaan yang sayu terhadap beliau. Saya tak tahu apa perasaan isteri saya, tetapi saya sendiri lebih bersimpati kepada anak isterinya berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sejak beliau menghadapi pelbagai tuduhan dan pendakwaan 1998 lalu.
Saya tak nak poyo-poyo untuk mengambil hati sesiapa pun. Ketika beliau menghadapi pelbagai masalah, saya tidaklah bersimpati kepada Anwar kecuali ketika beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum beliau didakwa dan ketika beliau dibelasah di dalam tahanan. Saya beritahu kawan-kawan yang mula nak menyindir saya ketika itu: "Kalau babi kena ISA pun, aku tak setuju".
Jauh dah terlajak tu. Berbalik kepada pemilihan Timbalan Presiden PKR. Saya sebut dah bahawa sikap saya sama seperti ketika menghadapi pilihan raya. Dalam pilihan raya, yang penting bagi saya Umno BN kalah walaupun saya tidaklah memandang parti lain dengan pandangan yang positif. Begitu juga dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR. Yang penting bagi saya, asal bukan Azmin Ali.
Bukan kerana saya menyokong calon lain, tetapi kerana saya tak nak Azmin. Itu sahaja sebabnya. Saya tak naklah menyentuh sikap Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Nurul Izzah. Mat Saman Kati kata, Dr Wan Azizah mempunyai sikap "asal bukan Azmin" menjadi Timbalan Presiden PKR. Saya juga mendengar beberapa wartawan memberitahu saya bahawa Nurul Izzah menegaskan dengan terus terang kepada mereka dalam pertemuan di bangunan Parlimen (kebetulan sekarang Dewan Rakyat bersidang) bahawa beliau tidak suka Azmin. "I dont like Azmin," beberapa wartawan memetik Nurul Izzah sebagai berkata.
Awal pagi tadi, saya diberitahu dalam pertemuan di Petaling Jaya bahawa "yang makan hati sekarang (dengan kemenangan Azmin yang hampir pasti) ialah Wan Azizah dan Nurul Izzah". Yang beritahu saya bukan Mamat tepi jalan, tetapi salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang sebelum itu mengadakan pertemuan dengan beberapa aktivis PKR termasuk salah seorang pemimpin tertingginya.
Saya tak nak ulas sikap mereka kerana saya dan beberapa kawan yang sering minum bersama di Seri Gombak ketika Reformasi membara hujung 90an dulu sudah awal-awal lagi tidak percayakan Azmin dan Ezam Mohd Nor. Banyak peristiwa selepas itu yang menguatkan rasa tidak percaya kami. Sebab itulah, saya tak nak cakap dari sudut pandang Dr Wan Azizah atau Nurul Izzah.
Saya nak cakap sebagai rakyat. Gini, sebagai parti politik, PKR menawarkan dirinya kepada rakyat. Dengan meletakkan beliau sebagai Timbalan Presiden parti itu hari ini, satu hari nanti Azmin mungkin akan mengepalai PKR. Masya Allah! PKR under the leadership of Azmin is the last thing i will ever imagine! Most dreaded!
Takat tu ja la yang saya nak tulis. Lebih-lebih pun buat apa. Tinggal lagi nak tanya, saya seorangkah yang berperasaan sedemikian?
sumber: Penarik Beca
Saturday, November 6, 2010
Parti Keadilan Rakyat adalah Parti PENIPU Rakyat!
Apa pasal kau tersengeh? |
Thursday, November 4, 2010
YB Jangan Sekadar Bercakap.
KUALA LUMPUR, 2 Nov: "Sory YB! Kita beri kepada Ketua Bahagian Umno. Ini arahan yang kita terima." Ini adalah jawapan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Wilayah Persekutuan kepada anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.
Jawapan ini diberikan beliau ketika Dr Lo' Lo' (gambar) bersemuka dengannya dan bertanya, "Siapa yang menghabiskan peruntukan untuk saya selaku anggota Parlimen Titiwangsa?"
Kedua-duanya bertemu dalam majlis taklimat tentang program e-Kasih di bangunan Parlimen tidak lama dahulu.
Perkara ini diceritakan oleh Dr Lo' Lo' dalam satu kenyataan yang dibuat kepada Harakahdaily baru-baru ini.
Kenyataan Dr. Lo'Lo di atas menimbulkan keraguan kapadaku, jika hendak berpolitik biarlah berpolitik secara adil dan bersih. Setiap kali ada isu sudah pastilah pihak umno dan barisan nasional yang akan dipersalahkan. Tidak salah untuk menyalahkan mereka, tetapi biarlah dengan telus. Jadi buktikanlah siapakah SDO tersebut.
Aku ingin nak bertanya kepada Dr Lo'Lo'. Kenapa tidak beritahu saja nama SDO yang cakap duit peruntukan Parlimen tu dibahagikan kepada Ketua Bahagian Umno?
Bukankah peruntukan tersebut adalah duit rakyat. Kalau benar, berterus teranglah agar tindakan dapat diambil. Kalau benar SDO itu bersalah, barulah boleh untuk kita menghentam.
Bercerita tentang dilema isu Chow Kit, seperti dakwaan Dr. Lo'Lo;
"Belum lagi cerita Chow Kit yang telah dijajah oleh PATI. Bagaimana gerai-gerai PATI boleh dibina atas kaki lima? Bila minta DBKL bertindak, jawapannya gerai-gerai itu kepunyaan orang tempatan yang merupakan ahli/ajk beberapa persatuan peniaga.
Aku sudah 50 tahun bermastautin dan sebagai pengundi berdaftar di Parlimen Titiwangsa, rasanya isu Pasar Chow Kit orang-orang Indonesia yang banyak berniaga, bukan pasal Umno yang jual tapi kisahnya orang Melayu juga. TAK ADA KENA MENGENA dengan Lim Kit Siang & anak dia pun. Rasanya kalau PKR yang memerintah, isu ini masih tak akan selesai, kerana ini masalah individu.