Utusan Melayu (M) Berhad iaitu syarikat kepada surat khabar utama berbahasa Malaysia, Utusan Malaysia mula ditubuhkan sejak 1938 dan akhbarnya yang pertama mula diterbitkan pada May 1939.
Utusan Malaysia telah melalui pelbagai pengalaman pahit manis dan sebagainya sejak 72 tahun yang lalu.
Namun dalam masa beberapa tahun ini Utusan Melayu kelihatan sudah menjadi layu. Jika tidak diatasi dengan segera tidak mustahil ianya akan jatuh menyembah bumi.
Utusan Melayu menghadapi seribu satu masalah sekarang. Masalah utama mereka ialah jualan merosot.
Kenapa jualan merosot?
Dunia semakin moden, persaingan antara media masa semakin hebat termasuklah yang di talian. Utusan Malaysia pula masih mengekalkan cara di zaman 80 dan 90 an. Mereka tidak mahu berubah atau membuat pembaharuan.
Kualiti berita yang kurang memuaskan. Perkara ini terjadi kerana pemberita-pemberita tidak kreatif atau inovatif untuk mencari berita.
Iklan yang semakin berkurangan. Iklan akan jadi kurang apabila jualan merosot kerana pengiklan-pengiklan tidak berminat dengan akhbar yang mempunyai edaran yang rendah.
Punca kepada masalah-masalah yang kami nyatakan di atas kerana pihak pengurusan tertinggi syarikat yang lemah.
Mengikut maklumat yang kami dapat pihak pengurusan tertinggi tidak bekerja bersungguh-sungguh dan tidak berminat menyelesaikan masalah dengan pemberita-pemberita mereka. Antaranya ialah gaji rendah dan masalah CA yang tidak selesai-selesai sejak bertahun-tahun. Itulah sebab utama yang menjadikan berita-berita yang dihasilkan kurang menarik.
Semakin hari semakin ramai pemberita yang angkat kaki keluar meninggalkan Utusan Melayu. Apabila yang lama keluar masuk yang baru. Yang baru pula pengalaman agak kurang.
Kami mendapat maklumat yang mengatakan orang yang paling gagal sekali mentadbir Utusan Melayu adalah Datuk Nasir Ali selaku pengarah eksekutif kumpulan.
Banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Nasir Ali dengan pekerja-pekerja bawahannya. Di bawah kepimpinan Nasir Ali Utusan Melayu telah mengalami kerugian selama dua tahun berturut-turut sedangkan dalam masa yang sama akhbar-akhbar lain mencatatkan keuntungan.
Pemberita-pemberita akhbar lain dapat bonus berbulan-bulan dan itulah yang menjadi perangsang kepada mereka untuk bekerja bersungguh dan hasilnya syarikat mereka terus menerus dapat untung.
Pemberita Utusan Malaysia pula gaji rendah, bonus tak dapat, CA tak selesai dan itulah yang menjadi ‘peransang’ kepada mereka untuk memastikan syarikat mereka terus mencatat kerugian.
Umno selaku pemegang saham terbesar dalam Utusan Melayu perlu memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan secepat mungkin. Lakukanlah rombakan pengurusan tertinggi dengan segera. Keluarkan sahaja orang-orang yang tidak boleh bekerja dan tidak boleh membawa untung kepada syarikat.
Utusan Melayu perlu diselamatkan dengan segera sebelum syarikat yang berusia 72 tahun itu gulung tikar.
p/s: Eloklah Utusan Melayu ini bungkus, kerana ianya adalah media propaganda umno dan barisan nasional. Hakikatnya kemerosotan jualan utusan melayu bukan kerana salah tadbir atau pengurusannya, tetapi adalah kerana ketaksuban penyiaranan politik yang berat sebelah. Punca sebenarnya adalah kebencian pembeli terhadap umno.
Read more...